Thursday, February 2, 2012

TODAY WE MEET AGAIN AFTER 14 YEARS

Petang semalam, walid call ummi bagitau yang ustaz halim, salah seorang kawan baik walid masa belajar dulu masuk hospital sebab accident. Walid suruh ummi ajak saya dan adik saya sakinah ikut pergi melawat. Agak rush jugaklah sebab time tu dah lewat petang. Ustaz halim pulak di ICU. Masa melawat dihadkan sampai pukul 7.30pm je. Lokasinya di hospital seremban (i'm not sure of it's official name).


Sempat atau tidak, walid cuba jugak untuk sampai. Time tu dah nak masuk pukul 7pm.


Sepanjang dalam perjalanan, saya teringat anak-anak ustaz halim tu. Kak uswah, kak khairah, hassan, dan yang bawahnya yang lain saya tak ingat dah. Teringat balik kenangan masa kami di mesir kecik-kecik dulu. Selalu main sama-sama. Kak uswah dan kak khairah dua-dua dah berkahwin dan sekarang berada di mesir. Dah ada anak sekali dah. Sekejap je masa berlalu, masing-masing dah makin jauh dengan kehidupan masing-masing.


Saya ingat lagi, dulu kami agak rapat. Kak uswah dan kak khairah kadang-kadang bawak saya pergi kedai beli something. Ada masa mereka kena marah sebab beli makanan untuk saya dengan asma' lebih dari untuk adik-adik. Saya ingat lagi betapa rasa bersalahnya saya waktu tu. Kami selalu jugak nyanyi sama-sama atas kerusi. Macam karoekae tu. Hihi. Main basikal, pergi taman permainan, dan banyak lagi.


Hari ni, kami akan jumpa semula setelah hampir 15 tahun tak berjumpa. Kami berpisah sebab ummi ngan walid balik malaysia awal sikit dari family diorang. Sejak hari tu memang tak pernah jumpa. Dapat bayangkan tak macamana perasaan saya waktu ni?


It's kinda weird. Awkward, i guess.


Sampai di hospital, kami nampak kelibat seorang lelaki berdiri di depan lif. Tubuhnya tinggi, kulitnya cerah. Mulanya saya tak cam siapa dia. Kemudian walid panggil dia.




"Hassan!" Panggil walid. Lelaki tu berpaling ke arah kami. Saya sempat pandang sekilah wajahnya. Memang ada rupa dia masa kecik. Hihi.




Walid kenalkan hassan dengan kami. Kemudian kami naik lif pergi ke ICU level 5 (if i'm not mistaken). Cuma ummi dengan walid je dapat masuk. Sebab masa kami sampai tu pun ramai lagi kenalan ustaz halim nak masuk ziarah. ICU kan bilangan pelawatnya dihadkan. Saya dengan sakinah cuma menunggu di luar sambil bersembang dengan adik-adik hassan iaitu husna dan islam. Baik-baik betul anak-anak ustaz halim. Masya-Allah.




Masa bersembang, saya dapat tahu yang hassan budak tahfiz quran. Subhanallah, bagusnya dia. Bangga rasanya dengar teman sepermainan jadi hafiz. Padahal diri sendiri entah apa-apa. Hihi.




Husna dan hassan insya-Allah akan berangkat ke mesir hujung tahun ni. Mereka berdua ambil syariah. Setakat ni semua anak-anak ustaz halim amik syariah di mesir. Islam pun cadangnya lepas habis spm nak ambil stam. Bagusnya diorang :)




Beberapa minit lepas azan maghrib, kami berangkat pulang. Sekejap je di sana. Tapi rasa seronok. Lain rasanya pentarbiyahan mereka banding dengan diri sendiri. Kerdil rasanya diri ni. Husna yang muda dua tahun dari saya pun nampak matang. Lebih matang dari saya. Segan saya dibuatnya. Sakinah pun segan hehe.




Walaupun sekejap, perjumpaan tu terasa nostalgic. Banyak mengingatkan saya pada peristiwa dulu. Zaman kanak-kanak berbelas tahun yang lalu. Sekarang dah menghampiri zaman kedewasaan. Rasa sayu pun ada. Masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Saya dengan engineering, mereka dengan syariah. Tapi kenapa ye, saya rasa tertarik dengan bidang tu.




Dalam perjalanan pulang, saya terfikir sendiri. Kalaulah boleh jumpa lagi dengan diorang kan bagus. Ukhuwah mereka terasa lain. Erat dan mesra. Saya sukakannya :)




I KEEP ON THINKING, DO YOU STILL REMEMBER ME?

No comments: