Wednesday, February 22, 2012

TAKE A LOOK AND THINK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Katakanlah ini jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik."

(Yusuf : 108)


- Saya tertarik dengan video ni. A simple one, but meaningful. Hihi. Saje nak share share. -


SABARLAH WAHAI HATI
(Better play kat youtube, sebab kat sini takut terganggu dengan lagu background blog ni. Hhe)


Aku lahir ke atas dunia dengan izin-Mu

Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada

Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku

Zamanku adalah zaman pemerintahan islam tidak lagi berkuasa

 Aku terbit di tengah masyarakat islam

Namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka

Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat islam bersinar semula

Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka

Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini

Generasi seusiaku yang sakit

Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu

Sibuk dengan cinta yang penuh noda

Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna

Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna

Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa

Dan tugasku adalah berusaha

Gagal, jatuh, dicela, tak diterima, itu perkara biasa

Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati

Bukan nilaian harta yang aku cari

Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia

Cukuplah redha-Mu sebagai harga

Bantulah hamba-Mu ini

Sedarkanlah semula generasiku Ya Rabb

Bangunkanlah semula umat ini

Aku yakin islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti



p/s :
"Ya Allah, bimbing kami kembali ke jalan-Mu. Ini pintaku, hamba-Mu yang penuh dosa dan noda."
AMIN.

No comments: