Friday, February 3, 2012

SEDARKAN DIRI DARI TANGGAPAN SENDIRI YANG MEMBUAI ANGAN

Dulu masa di zaman sekolah, di kalangan sahabat-sahabat, saya dianggap yang alimlah kononnya. Bukan saya yang menganggap begitu, tapi mereka. Tapi sejujurnya, bila mereka beraggapan begitu, saya pun adalah rasa macam diri ni alim sikit daripada orang lain. Bukanlah alim, maksudnya lebih ilmu agama.




Masuk cfs iium pj, saya masih dianggap budak baik yang banyak ilmu agamanya. Waktu tu saya tak bertudung labuh lagi (well i know appearance is not everything, just want to mention hihi). Mungkin jugak sebab saya suka beri pendapat dan nasihat, jadi kawan-kawan menganggap saya begitu. Dan sama jugak, saya pun terasa diri saya bagus. Bukan riak, tapi perasan. Hihi.




Sejejak demi sejejak, saya mula melangkah ke alam universiti. Uia gombak. Guess what, di sini saya temui segala macam kelemahan diri. Rohani mahupun jasmani. Saya baru sedar, saya bukanlah sebaik yang saya sendiri sangkakan. Semakin banyak kelemahan dan kekurangan diri yang saya temui lebih-lebih lagi apabila saya mula sertai usrah karisma. Banyak, banyak sekali. Hingga terkadang saya rasa diri ni terlalu jijik. Kotor, kerana berlumuran dengan dosa dan noda. Saya terasa betapa hinanya saya di hadapan-Nya. Malu juga, kerana sebelum ini menyangka diri ini sudah cukup bagus.




Aduhai maryam, banyaknya dosamu. Jahilnya kamu. Sedih rasanya mengenangkan hinanya diri.




Sekarang pun, banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Tarbiyah itu penting. Muhasabah juga, jangan ketinggalan dalam mengamalkannya. Nasihat ini bukan untuk pembaca sahaja, tapi juga untuk diri saya sendiri.




Usrah, perbincangan agama, dakwah, tarbiyah, jika diasingkan mereka dari kehidupan harian, sayanglah. Kerana dari sini banyak yang akan kita sedari.




Mungkin tersedar dari belaian sendiri, yang sebelum ini terus-terusan berkata..






"Kamu sudah cukup baik. Cukup baik." Tanpa kita sedar. 






Sedangkan kebaikan itu tidak pernah mampu untuk cukup bagi kita hamba Allah yang tidak seberapa ini. Cuma yang penting ada usaha untuk tingkatkannya, walaupun kita tak mampu untuk cukupkannya. Betul tak? :)




Sedarlah maryam, sedarlah dari pujian-pujian indah yang berlegar di mindamu. Kamu cuma manusia biasa, hamba Allah yang penuh dengan dosa. Rendahkanlah hatimu, jangan biar rasa riak menguasai diri. Jika tidak, kamu bisa binasa. Nauzubillahiminzalik.




Begitulah perjalanan hidup kita. Selangkah demi selangkah, banyak yang kita akan hadapi. Menggembirakan atau menyedihkan, terpulang pada-Nya. Yang penting, banyak lagi yang perlu dipelajari dari kehidupan ini. Ilmu kita terlalu cetek. Semakin banyak ilmu kita pelajari, semakin terasa ceteknya ilmu. Kerana ilmu Allah terlalu luas. Masya-Allah.




Terima kasih buat kakak naqibah, kak mursyidah dan juga roommate, adha. Dorongan sahabat-sahabat yang lain juga banyak membantu.




Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun mengumpul kekuatan, akhirnya keinginan saya untuk memakai tudung labuh menjadi nyata. Saya tahu bukan tudung labuh yang mengukur keimanan seseorang, tapi saya rasa ini salah satu cara saya untuk lebih dekat dengan-Nya. Insya-Allah. Ini pun atas kehendak-Nya, dengan keizinan dari-Nya. Terima kasih semua, untuk jasa yang mungkin tak terbalas oleh saya. Terima kasih.




With love, lillahita'al. Insya-Allah :)

No comments: