Sejak dari awal muharram minggu lepas, banyak gambar-gambar yang menyayat hati yang disiarkan di facebook, blog dan sebagainya untuk tunjukkan pada kita keadaan sebenar yang sedang berlaku di Gaza. Sejak Israel memulakan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza.
Melihatkan gambar-gambar berkenaan, terasa ia mencucuk-cucuk hati dan perasaan ini. Biarpun tak setanding dengan apa yang penduduk Gaza rasakan, namun sebak di hati tak mampu dibuang pergi, mengenangkan kejamnya mereka diperlakukan oleh tentera Israel.
Allahuakbar, selamatkanlah saudara-saudara dan adik-adikku di sana.
Paling tak tertahan sebak, bila lihat mayat kanak-kanak yang tak berdosa yang dibunuh oleh tentera tak berhati perut Israel. Ya Allah, sayunya lihat adik-adik kecilku di sana dibunuh sebegitu rupa. Apalah yang mereka lakukan sampai tentera Israel sanggup bunuh mereka? Mereka tak berdosa sikit pun. Langsung tidak :'(
Saya yang di sini, apa yang saya buat? Apa yang mampu saya buat? Ye, sudah pastilah jalani hidup seperti biasa. Teruskan hidup. Makan, pergi kelas, belajar, kuiz, tidur.. walaupun terpaksa menelan hakikat bahawa saya bukan di sana. Saya di sini dan di sini lain. Itu hakikat yang perlu saya terima.
Saya tak sekuat mereka. Berperang, berjihad kerana Allah. Dan syahid kerana Allah. Apalah sangat iman saya nak dibandingkan dengan iman mereka kan. Tak setanding, tak tertanding, langsung.
Ya Allah, sayunya lihat adik kecil ini menangis di sisi jenazah abangnya. Apa yang saya buat masa adik adik saudara seagama saya menangis begini? Saya tak mampu buat apa pun, selain doa dan sumbangan yang tak seberapa. Ya Allah Ya Allah, bantulah mereka di sana.
Maafkan kami SYUHADA' kecil Gaza. Kami tidak mampu bertempur dengan Yahudi laknatullah itu. Maafkan ibu. Maafkan ayah. Maafkan abang. Maafkan kakakmu semua di sini wahai SYUHADA'. Bahagialah engkau semua di syurga yang kekal abadi :'(
Mungkin sebab mereka bukan ibu kita, atau ayah kita, atau adik-beradik kita, jadi kita kurang prihatin pada apa yang berlaku pada mereka. Kita malah tak ambil berat pun tentang sumbangan yang sepatutnya kita hulurkan biarpun sedikit, sedangkan kita tahu mereka sangat memerlukan sumbangan kita yang sedikit itu.
Kita tahu kita memang dah tak mampu bantu mereka di sana, tapi kenapa kita terus larikan diri dari terus mengambil tahu perihal mereka di sana? Adakah sebab mereka bukan ahli keluarga kita dan kita punya hak untuk tak ambil tahu? Atau sebab mereka tiada ikatan darah sikit pun dengan kita? Atau sebab mereka bukan urusan kita? Atau kita yang terlalu leka dan malas untuk ambil tahu? Banyaknya alasan kita. Jangan hingga kita rasa tiada keperluan untuk ambil tahu, kerana itu kebahayaan yang wujud dalam diri, dan itu mampu memakan diri. Nauzubillah.
Si kecil yang terbunuh begitu saja, mereka adik-adik kita. Mereka saudara seagama kita. Mereka berhak untuk dapat bantuan dari kita walaupun sedikit cuma. Paling kurang kita jalankan tanggungjawab kita sebagai saudara seagama mereka. Apa kata kita kalau semua tu jadi kat kita, pasti kita akan mengharapkan bantuan dari mereka juga, saudara seagama kita. Mari renungkan semula bersama. Renungkan sedalam-dalamnya.
Mana pergi ajaran Rasulullah dalam hidup kita? Kalau kita rasa ianya sudah menghilang, pudar tanpa kita sedar, masih belum terlambat untuk menariknya kembali. Masih belum terlambat untuk kita jinakkannya semula, dan tambatnya erat. Biar kita rasa, menghayati ajaran Rasulullah itu suatu kewajipan.
Imbas kembali kisah perjuangan Rasulullah bersama sahabat-sahabat baginda, teguh kan ukhuwah mereka. Kita? Nyata jauh sekali :'(