Wednesday, February 22, 2012

TAKE A LOOK AND THINK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Katakanlah ini jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik."

(Yusuf : 108)


- Saya tertarik dengan video ni. A simple one, but meaningful. Hihi. Saje nak share share. -


SABARLAH WAHAI HATI
(Better play kat youtube, sebab kat sini takut terganggu dengan lagu background blog ni. Hhe)


Aku lahir ke atas dunia dengan izin-Mu

Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada

Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku

Zamanku adalah zaman pemerintahan islam tidak lagi berkuasa

 Aku terbit di tengah masyarakat islam

Namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka

Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat islam bersinar semula

Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka

Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini

Generasi seusiaku yang sakit

Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu

Sibuk dengan cinta yang penuh noda

Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna

Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna

Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa

Dan tugasku adalah berusaha

Gagal, jatuh, dicela, tak diterima, itu perkara biasa

Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati

Bukan nilaian harta yang aku cari

Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang baik dan mulia

Cukuplah redha-Mu sebagai harga

Bantulah hamba-Mu ini

Sedarkanlah semula generasiku Ya Rabb

Bangunkanlah semula umat ini

Aku yakin islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti



p/s :
"Ya Allah, bimbing kami kembali ke jalan-Mu. Ini pintaku, hamba-Mu yang penuh dosa dan noda."
AMIN.

Sunday, February 19, 2012

UHIBBUKI FILLAH

Saya baru dengar dekat ta'lim tentang jika kita menyayangi seseorang, hendaklah kita lafazkan padanya. Ini dari hadis Rasulullah sendiri.




Bukanlah maksudnya lafazkan tu kat seseorang yang bukan mahram macam tu je. No no. Ini untuk sahabat sejantina sahaja. Kawan-kawan atau sesiapa yang ada di samping kita.




Bila saya tahu macam tu, saya selalulah sebut kat kawan-kawan terdekat, uhibbuki fillah. Kalau boleh kat semua kawan-kawan saya nak cakap. Tapi ada setengahnya tak cakap sebab segan jugak. Hihik.




Masa balik baru ni, kat adik-adik pun semua saya cakap. Uhibbuki fillah. Uhibbuki fillah. Haha. Of courselah saya cakap tu ikhlas. Bukanlah nak menjaja kasih sayang saya merata tak tentu kala. Saya tujukan tu buat insan-insan yang saya sayanglah kan. Dah tentulah :D




Sampailah satu ketika, masa kat meja makan. Saya cakap kat ayah saya,




walid, uhibbuka fillah.




Walid tersenyum dengar saya cakap macam tu. Sebenarnya saya segan. Tapi sebab saya ingat saya perlu cakap, saya pun cakap jelah. Kemudian walid jawab sambil tersenyum lagi,




Baguslah yam cakap macam tu. Tapi sebenarnya, kalau ikut maksud hadis Rasulullah tu, kita perlu cakap macam tu dekat mereka yang takde apa-apa ikatan dengan kita. Contohnya kawan-kawan, sahabat. Dekat mak ayah ni memang dah wajib. Hehe.




Kata-kata walid kedengaran ikhlas. Walid senyum lagi. Saya rasa segan pulak hihik. Iye-iye je saya ingat perlu cakap kat semua. Tapi yelah, memang kita kena kasihkan ibu ayah kita kan. Nak cakap tak salah. Walid cakap macam tu untuk pengetahuan saya je. Hihi. Thank you walid. Tak cakap pun memang maryam saaaayang kat walid. Fillah insya-Allah. Ummi pun hhi :)




Oleh itu, pada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya, UHIBBUKI FILLAH. Kita berjuang menuntut ilmu kerana Allah, kita tegakkan agama islam juga kerana Allah, dan kita mengikat ukhuwah kita ni juga kerana Allah. Allahuakbar!




Semoga diberkati-Nya. Amin insya-Allah.

Saturday, February 18, 2012

KITA BELAJAR MEMAAFKAN JOM

Saya terjumpa satu quote, dan saya berkenan dengan maksudnya. Teringin nak kongsi dengan kawan-kawan :)




Do everything with a mind that lets go. Don't accept praise or gain or anything else. If you let go a little you will have a little peace. If you let go a lot you will have a lot of peace. If you let go completely you will have complete peace.




Betul, bila kita lepaskan, kita akan rasa tenang. Walaupun saya tahu, bukan senang bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi bila apa yang orang tu lakukan betul-betul menyakitkan kita. Saya faham.






Tapi apa salahnya jika kita cuba. Kalau rasa susah jugak, cuba lafazkan. Contohnya, 'saya maafkan si fulan'. Mana tahu, lepas lafazkan rasa lebih lega. Lebih seronok nak maafkan orang. Manalah tahu kan. Boleh jadik begitu.




Saya tak suruh orang untuk jadi seorang yang pemaaf. Saya cuma mengajak. Mengajak pun untuk mencuba dulu. Mana tahu, percubaan menjadi. Tak salah mencuba kan. Oh ye, dan saya ajak ni bukan pembaca je, diri saya sendiri jugak. Sebab saya tahu, diri saya pun masih banyak kurangnya. Masih perlukan tarbiyah dari sekeliling.




Satu lagi saya nak kongsi. Baru ni saya pergi ta'lim. Main topic, kasih sejarak dua jari. Tentulah berkenaan ukhuwah kan. Ustaz tu ada cakap something.




Tarbiyah yang sebenar adalah kehidupan.




That's it :) 

Friday, February 17, 2012

I WISH I COULD

Kalaulah andai kata satu hari ni saya dah ada someone special yang saya yakin untuk jadikannya pasangan hidup insya-Allah, kalau boleh saya nak parents saya jadi yang pertama sekali tahu. I want them to be treated specially. I want them to know how special they are to make me do so. Insya-Allah, mereka akan jadi yang pertama tahu. Saya akan cuba.



I could feel you hurt when your child told you this important matter after they've told others. When you should be the first one, you become the last one. I don't want that. Hopefully, i could make this one special wish become true. Of course, with HIS Will. Insya-Allah.



AND ONLY IF I COULD FIND ONE.
Bukan sekaranglah, akan datang insya-Allah.

Wednesday, February 15, 2012

SEM BARU, 2ND-YEAR DI IIUM BERMULA

Suasana bila semua dah ambil major masing-masing agak lain. Rasa agak pelik. Classmate semua sama major. Mana ada campur-campur macam dulu dah. Huda dah takde, adha, safwa, huda azam. But insya-Allah, i can cope with this time to time :)


Alhamdulillah, lecturers semua okey. Sporting lagi. Tegas-tegas sikit tu biasalah. Kalau tak tegas langsung pun tak boleh jugak kan. Hihi.


For this semester, i have my credit hour 16.5 all. I'm taking digital logic design, circuit analysis, dynamics, electronic circuit, ungs, computer and electronic lab1, and leadership. Hmm what else(thinking). I think that's all.


I'm planning to be quite active this semester. Yah of course while performing well in my academic. Being active in clubs and organizations doesn't mean being passive in academic right? So i registered for caring club, QYC(quranic youth club), ENGINIUS club, and some programs. I just want to try. Something new, something experiencable. Hehe.


Anyway, most importantly, ENGINEERING POSSIBLE! Insya-Allah, biiznillah :)

SAYA SEDAR DI MANA SAYA

Saya cuma insan biasa, yang hidupnya penuh dengan dosa. Insan biasa yang hatinya seringkali terlupa pada DIA yang menciptakan. Insan yang sering begitu mudah tertarik dengan kecantikan duniawi. Insan yang sentisa bergelumang dengan dosa. Asraghfirullahal'azim.


Saya sedar di mana kedudukan saya. Saya tahu saya terlalu hina di sisi Allah. Terlalu kerdil.


Tapi apakan daya, even saya tahu saya ni hina, saya tetap berharap kasih-Nya ada buat saya. Saya tetap berharap Rasulullah kenal diri saya, nama saya. Saya cemburu bila tengok sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. Saya cemburu sebab saya tahu saya jauh dari mereka. Sebab saya tahu saya jugak lebih jauh dari Allah. Tapi jauh di sudut hati saya, saya nak dekat dengan-Nya. Saya nak sentiasa dan selamanya dekat dengan-Nya. Tanpa kasih-Nya, tanpa-Nya di sisi, siapalah saya. Ya Allah, dekatkan hamba ke sisi-Mu.


Mengalir air mata bila mengenangkan hina dan kerdilnya diri. Bila mengenangkan jauhnya beza kehidupan kita kini dengan cara hidup Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda dahulu, rasa sebak dan hiba. Ya Rasulullah, kerana kami yang terlalu jauh dari persimpangan inikah air matamu mengalir suatu ketika dulu?


Saya teringin sekali nak bertemu dengan Rasulullah. Tapi adakah Rasulullah akan ingat nama saya? Nak dapat mimpi bertemu dengan baginda pun tak layak. Walaupun hati saya memberontak, ingin bertemu dengannya. Walaupun rasa tak layak masih tak berganjak dari singgahsana. Saya tahu saya ni siapa.


Ya Allah, selagi ada ruang untukku lebih dekat dengan-Mu, bantulah hamba. Bantulah hamba untuk mengisi ruang itu. Bimbing tangan hamba ke jalan-Mu. Bimbing hati hamba ke naluri yang Engkau redhai. Fitrah naluri insani yang terbimbing oleh rahmat-Mu.


I need You. You by my side, that is happiness. I know it is. Hold me, and lead me there. I need You. I really need You. Oh Allah, please. I beg You.


A chance, i know HE still give me chances. HE wants me to have it. Allah Yang Maha Penyayang, takkan dibiarkannya hamba-Nya terkapai-kapai dalam mencari jalan pulang. Insya-Allah, DIA akan bantu. I trust HIM :)

JIHAD FEBRUARI NI : BERWUDUK

Salah satu amalan harian Rasulullah ialah berwuduk. Alhamdulillah, saya dapat tahu sedikit sebanyak tentang insan agung ini berkat didikan umi walid, ditambah pula dengan usrah dan sahabat-sahabat yang baik. Kalau tak, saya pun tak tahu ke mana hala tuju saya. Tapi pentingnya, ini semua tetap dari DIA. Pencipta segala makhluk. Allahuakbar.


Okey back to the main topic :P


Mulai bulan ni, saya nekad setiap bulan saya nak ada azam atau lebih terperincinya jihad. Bukanlah maksudnya habis je bulan ni stop terus buat benda tu, tak. Bulan tersebut jadi jangka masa untuk kita istiqamah dengan amalan tu. Cuba jadikannya satu kebiasaan.


Untuk bulan ni, saya nak cuba istiqamah dalam mengambil wuduk insya-Allah. Setiap kali masuk bilik air kalau dah takde air sembahyang, pastikan sebelum keluar berwuduk dulu. Saya nak biasakan macam ni.


Saya mula dari yang simple macam ni dulu. Insya-Allah bila dah banyak yang saya rasa dah boleh istiqamah and usaha saya ni berkesan, saya akan cuba dengan amalan yang lebih banyak perlukan kekuatan diri untuk laksanakannya.


Mula-mula je susah kan, insya-Allah bila kita cuba biasakan, cuba amalkan setiap hari, takde yang susah. Malah kita rasa rindu nak lakukannya bila kita tidak laksanakannya sehari.


Saya inginkan perasaan rindu tu. Rindu yang suci. Rindu tu insya-Allah boleh bawa saya lebih dekat pada-Nya. Saya harap saya kuat dan lebih kuat untuk teruskan jihad saya yang tak seberapa ni.


Kenapa saya panggil jihad? Sebab kalau saya cakap saya berazam je, saya rasa niat saya jadi kurang terarah kepada akhirat. But you know, different person has different way and perspective. So it's not a wrong thing if you use 'berazam'. Not wrong at all. As long as it is good and beneficial, nothing is wrong. Allah is fair. HE knows what's in our heart. HIS judgement is the best. Because HE knows best.


So it's up to us to use any term. Still, our intention is the same, isn't it? Hihi :D


So insya-Allah, jihad saya bulan ni, nak biasakan berwuduk. Saya cuba. May HE bless :)

Saturday, February 11, 2012

MALAM KESENIAN ISLAM II, UNITEN

Alhamdulillah, MKI2 di uniten kelmarin berjalan lancar. Kutipan derma pun mencecah RM3,000. Mungkin target diorang lebih lagi, tapi rasanya banyak tu pun okeylah. Wallahua'lam.




Hafiz hamidun jadi MC. Mulanya ingatkan orang lain, tapi perasanlah muka dia macam biasa tengok. Alih-alih memang hafiz hamidun. Hihi.




Persembahan-persembahan artis jemputan semua hebat-hebat. Saya suka. Hihi. Destiny, adik-adik dari SMAKL, anak-anak seni uniten, muaz and the wayfarer, halim yazid, ramli sarip, dan hafiz hamidun sendiri. Semuanya mantap-mantap belaka. Best, memang best. At least to me. Kan :)




Saya dengan ummi and adik-beradik yang lain duduk row tengah. Khas untuk yang datang dengan family. Depan jugak kami duduk. Alhamdulillah view okey hhe.




Walid tak duduk sekali, mungkin duduk dengan kawan kot. Sebab kawan-kawan walid ramai jugak yang datang. Aiman pun pergi duduk depan sekali kat row belah kanan. Sepatutnya itu tempat untuk artis-artis jemputan, tapi dia selamba je duduk situ. Haha. Alah takpe je, lagipun tak ramai pun artis yang duduk situ. Aiman cakap dia segan duduk ngan kitorang, semua perempuan. Hanan pun bawak kawan, puteri ngan ema duduk skali. Hhm lagilah aiman segan. Aiman kan dah besar ceceeehh hihik :P




Habis program MKI2, kitorang keluar. Kat luar tu ada jualan-jualan cd nasyid, yang hafiz hamidun punya pun ada. Ummi nak beli yang hafiz hamidun punya sebab tadi dalam dewan dengar suara dia zikir tu sedap. Memang sedap, subhanallah kurniaan Allah. Masa ummi ngan aiman berdiri depan booth tu, hafiz hamidun keluar. Dia berdiri kat belakang sikit. Kakde excited sebab dia berdiri betul-betul depan kakde hehe.




Orang tu tanya aiman, kenal tak hafiz hamidun? Aiman jawab, tak. Boleh taaaaaakkkk. Haha. Tapi hafiz hamidun senyum je. Tak taulah dia dengar tak. Then dia ke depan. Di sign atas cd yang ummi beli tu. Aiman pun senyum je, last sekali dia salam hafiz hamidun. Selamba je aiman ni. Adui hihik. Kitorang gelak je :D




Before balik rumah, pergi makan jap kat brother's corner. Puteri ngan ema ikut sekali. Diorang bermalam rumah kitorang. Seronoklah ramai-ramai ceni. Alhamdulillah :)




SEMOGA DERMA ITU KITA LAKUKAN UNTUK MENDAPATKAN REDHA ALLAH, BUKAN PENGHARGAAN MANUSIA SEMATA-MATA. INSYA-ALLAH. Semua baik-baik ni ehihi.

Sunday, February 5, 2012

ME REVEAL

Bismullahirrahmanirrahim.


Saya baru baca balik post post lepas yang saya buat tahun lepas. Post yang awal-awal punya. Saya baru ingat yang dulu kalau boleh saya nak set blog ni dengan pengenalan diri yang tak diketahui sesiapa. Saya tak nak reveal siapa diri saya yang sebenar. Itu yang saya baru ingat. Hhaha boleh tak.


But it has been months i left this blog page and started again about 2-3 weeks ago. Months. So as a result, saya lupa. Hihi, saya lupa decision saya masa mula-mula buat blog ni.


So for now, i think i don't really need to struggle hiding myself while nobody is trying to stalk me. Haha. Okey okey, this is serious. I will not hide my true identity anymore. Lagipun kawan-kawan saya pun tak tahu pasal blog saya yang ni. Kalau rasa teringin nak melawat blog saya yang lagi satu (yang kawan-kawan tahu), you can click HERE. Terima kasih jika sudi melawat :)


If in case ada sahabat atau kenalan yang bertandang ke laman blog ini, maaf sebab tak kasitau. Saya bukan tak kasi baca post post di sini, cuma saya segan. Tapi apa salahnya kalau nak baca. I'm on, seriously i'm okey with that. Kalau kawan-kawan jumpa blog ni, silakan baca kalau sudi. Blog yang tak seberapa ni. Blog yang sempoi. Hehe.


MAAF. TERIMA KASIH. MAY ALLAH BLESS. WASSALAM.

JOM MUHASABAH - PROF DR MUHAYA

Beberapa kata-kata prof dr muhaya yang saya petik dari facebook beliau. Terima kasih prof, untuk setiap bait kata-kata yang bermakna setiap hari, insya-Allah. Kata-kata prof banyak buat saya dan yang lain berfikir dan muhasabah balik diri. Terima kasih :)




*   *   *   *   *   *   *




Cara kita melihat dunia bergantung kepada imej diri dan harga diri kita. Bila kita menilai diri kita berdasarkan apa org kata atau penilaian manusia bererti kita tidak menghormati diri kita. Jika kita tidak hormat diri kita bagaimana kita pandai menghormati orang. Kalau kita tak sayang diri kita bagaimana kta boleh sayang orang lain. Hargai diri kita dan sayangi diri kita dan sentiasa kata pada diri kita " saya ciptaan Allah yang sempurna. Nilai diri saya bukan apa yang ada diluar sana seperti rupa paras, pangkat dan harta tetapi ketakwaan dan kebergantungan pada Allah yang memberi nilai kepada diri saya."




Lihat apa fokus kita, gambaran hidup kita, inspirasi kita dan refleksi diri kita. Tanya apa yang berhasil dan apa tak berhasil dan ubah jika ingin hidup berubah.




Pendapat ialah komoditi yg paling murah dan ramai ingin memberi walau tidak diminta.




Sentiasa bersyukur atas setiap orang, perkara dan masa yang kita nikmati dan nyawa kita hingga kesaat ini. Kesyukuran hari ini insyaAllah akan membawa kebahagiaan esuk. Niat untuk hidup penuh tujuan. Maafkan semua orang sebelum tidur malam ini dan kenangkan semua perkara yg baik berlaku hari ini.




Keadaan paling bahagia ialah apabila seseorang tahu tujuan hidup dan mempunyai fokus mencari redha Allah. InsyaAllah tiada gundah gulana bila kita fokus untuk memberi manafaat dan tidak sibuk terlalu memikirkan diri sendiri dan betapa hebat diri kita dan orang tak seharusnya buat itu dan ini pada kita. Jika kita mengalami peristiwa negatif tanya apa kita kita belajar dan jadi lebih baik dari sebelum peristiwa tersebut. Doakan orang yang kasar pada kita.




Bila buat sesuatu fikir apa manafaat bukan betapa hebat persembahan atau reputasi kita. Akan hilanG segala tekanan bila tidak mengharapkan penghargaan manusia hanya redha Allah.




Bila kita menjumpai tujuan hidup dan fokus kepada memberi kebaikan pertolongan Allah akan sentiasa bersama. Buang semua sifat kecil hati, nak marah, terkilan. Orang yg berjuang tidak firkir sangat emosi negatif kerana apa orang buat pada diri mereka tetapi fokus kepada apa mereka capai dalam perjuangan mencapai tujuan hidup mencai husnul khatimah.




Allah maha pengampun walau apa dosa kita. Jika kita tidak memaafkan tanya adakah kita 
hamba atau tidak pada Allah yang maha pemurah penyayang.




*   *   *   *   *   *   *




SEKALI LAGI, TERIMA KASIH PROF. SEMOGA BANTUANMU MENDAPAT BALASAN BAIK DARI ALLAH. DAN SEMOGA KEBAIKAN INI KEKAL DALAM DIRIMU HINGGA KE AKHIR HAYAT INSYA-ALLAH. SEMOGA DIBERKATI ALLAH SELALU.

Friday, February 3, 2012

SEDARKAN DIRI DARI TANGGAPAN SENDIRI YANG MEMBUAI ANGAN

Dulu masa di zaman sekolah, di kalangan sahabat-sahabat, saya dianggap yang alimlah kononnya. Bukan saya yang menganggap begitu, tapi mereka. Tapi sejujurnya, bila mereka beraggapan begitu, saya pun adalah rasa macam diri ni alim sikit daripada orang lain. Bukanlah alim, maksudnya lebih ilmu agama.




Masuk cfs iium pj, saya masih dianggap budak baik yang banyak ilmu agamanya. Waktu tu saya tak bertudung labuh lagi (well i know appearance is not everything, just want to mention hihi). Mungkin jugak sebab saya suka beri pendapat dan nasihat, jadi kawan-kawan menganggap saya begitu. Dan sama jugak, saya pun terasa diri saya bagus. Bukan riak, tapi perasan. Hihi.




Sejejak demi sejejak, saya mula melangkah ke alam universiti. Uia gombak. Guess what, di sini saya temui segala macam kelemahan diri. Rohani mahupun jasmani. Saya baru sedar, saya bukanlah sebaik yang saya sendiri sangkakan. Semakin banyak kelemahan dan kekurangan diri yang saya temui lebih-lebih lagi apabila saya mula sertai usrah karisma. Banyak, banyak sekali. Hingga terkadang saya rasa diri ni terlalu jijik. Kotor, kerana berlumuran dengan dosa dan noda. Saya terasa betapa hinanya saya di hadapan-Nya. Malu juga, kerana sebelum ini menyangka diri ini sudah cukup bagus.




Aduhai maryam, banyaknya dosamu. Jahilnya kamu. Sedih rasanya mengenangkan hinanya diri.




Sekarang pun, banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Tarbiyah itu penting. Muhasabah juga, jangan ketinggalan dalam mengamalkannya. Nasihat ini bukan untuk pembaca sahaja, tapi juga untuk diri saya sendiri.




Usrah, perbincangan agama, dakwah, tarbiyah, jika diasingkan mereka dari kehidupan harian, sayanglah. Kerana dari sini banyak yang akan kita sedari.




Mungkin tersedar dari belaian sendiri, yang sebelum ini terus-terusan berkata..






"Kamu sudah cukup baik. Cukup baik." Tanpa kita sedar. 






Sedangkan kebaikan itu tidak pernah mampu untuk cukup bagi kita hamba Allah yang tidak seberapa ini. Cuma yang penting ada usaha untuk tingkatkannya, walaupun kita tak mampu untuk cukupkannya. Betul tak? :)




Sedarlah maryam, sedarlah dari pujian-pujian indah yang berlegar di mindamu. Kamu cuma manusia biasa, hamba Allah yang penuh dengan dosa. Rendahkanlah hatimu, jangan biar rasa riak menguasai diri. Jika tidak, kamu bisa binasa. Nauzubillahiminzalik.




Begitulah perjalanan hidup kita. Selangkah demi selangkah, banyak yang kita akan hadapi. Menggembirakan atau menyedihkan, terpulang pada-Nya. Yang penting, banyak lagi yang perlu dipelajari dari kehidupan ini. Ilmu kita terlalu cetek. Semakin banyak ilmu kita pelajari, semakin terasa ceteknya ilmu. Kerana ilmu Allah terlalu luas. Masya-Allah.




Terima kasih buat kakak naqibah, kak mursyidah dan juga roommate, adha. Dorongan sahabat-sahabat yang lain juga banyak membantu.




Alhamdulillah, selepas hampir dua tahun mengumpul kekuatan, akhirnya keinginan saya untuk memakai tudung labuh menjadi nyata. Saya tahu bukan tudung labuh yang mengukur keimanan seseorang, tapi saya rasa ini salah satu cara saya untuk lebih dekat dengan-Nya. Insya-Allah. Ini pun atas kehendak-Nya, dengan keizinan dari-Nya. Terima kasih semua, untuk jasa yang mungkin tak terbalas oleh saya. Terima kasih.




With love, lillahita'al. Insya-Allah :)

Thursday, February 2, 2012

TODAY WE MEET AGAIN AFTER 14 YEARS

Petang semalam, walid call ummi bagitau yang ustaz halim, salah seorang kawan baik walid masa belajar dulu masuk hospital sebab accident. Walid suruh ummi ajak saya dan adik saya sakinah ikut pergi melawat. Agak rush jugaklah sebab time tu dah lewat petang. Ustaz halim pulak di ICU. Masa melawat dihadkan sampai pukul 7.30pm je. Lokasinya di hospital seremban (i'm not sure of it's official name).


Sempat atau tidak, walid cuba jugak untuk sampai. Time tu dah nak masuk pukul 7pm.


Sepanjang dalam perjalanan, saya teringat anak-anak ustaz halim tu. Kak uswah, kak khairah, hassan, dan yang bawahnya yang lain saya tak ingat dah. Teringat balik kenangan masa kami di mesir kecik-kecik dulu. Selalu main sama-sama. Kak uswah dan kak khairah dua-dua dah berkahwin dan sekarang berada di mesir. Dah ada anak sekali dah. Sekejap je masa berlalu, masing-masing dah makin jauh dengan kehidupan masing-masing.


Saya ingat lagi, dulu kami agak rapat. Kak uswah dan kak khairah kadang-kadang bawak saya pergi kedai beli something. Ada masa mereka kena marah sebab beli makanan untuk saya dengan asma' lebih dari untuk adik-adik. Saya ingat lagi betapa rasa bersalahnya saya waktu tu. Kami selalu jugak nyanyi sama-sama atas kerusi. Macam karoekae tu. Hihi. Main basikal, pergi taman permainan, dan banyak lagi.


Hari ni, kami akan jumpa semula setelah hampir 15 tahun tak berjumpa. Kami berpisah sebab ummi ngan walid balik malaysia awal sikit dari family diorang. Sejak hari tu memang tak pernah jumpa. Dapat bayangkan tak macamana perasaan saya waktu ni?


It's kinda weird. Awkward, i guess.


Sampai di hospital, kami nampak kelibat seorang lelaki berdiri di depan lif. Tubuhnya tinggi, kulitnya cerah. Mulanya saya tak cam siapa dia. Kemudian walid panggil dia.




"Hassan!" Panggil walid. Lelaki tu berpaling ke arah kami. Saya sempat pandang sekilah wajahnya. Memang ada rupa dia masa kecik. Hihi.




Walid kenalkan hassan dengan kami. Kemudian kami naik lif pergi ke ICU level 5 (if i'm not mistaken). Cuma ummi dengan walid je dapat masuk. Sebab masa kami sampai tu pun ramai lagi kenalan ustaz halim nak masuk ziarah. ICU kan bilangan pelawatnya dihadkan. Saya dengan sakinah cuma menunggu di luar sambil bersembang dengan adik-adik hassan iaitu husna dan islam. Baik-baik betul anak-anak ustaz halim. Masya-Allah.




Masa bersembang, saya dapat tahu yang hassan budak tahfiz quran. Subhanallah, bagusnya dia. Bangga rasanya dengar teman sepermainan jadi hafiz. Padahal diri sendiri entah apa-apa. Hihi.




Husna dan hassan insya-Allah akan berangkat ke mesir hujung tahun ni. Mereka berdua ambil syariah. Setakat ni semua anak-anak ustaz halim amik syariah di mesir. Islam pun cadangnya lepas habis spm nak ambil stam. Bagusnya diorang :)




Beberapa minit lepas azan maghrib, kami berangkat pulang. Sekejap je di sana. Tapi rasa seronok. Lain rasanya pentarbiyahan mereka banding dengan diri sendiri. Kerdil rasanya diri ni. Husna yang muda dua tahun dari saya pun nampak matang. Lebih matang dari saya. Segan saya dibuatnya. Sakinah pun segan hehe.




Walaupun sekejap, perjumpaan tu terasa nostalgic. Banyak mengingatkan saya pada peristiwa dulu. Zaman kanak-kanak berbelas tahun yang lalu. Sekarang dah menghampiri zaman kedewasaan. Rasa sayu pun ada. Masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Saya dengan engineering, mereka dengan syariah. Tapi kenapa ye, saya rasa tertarik dengan bidang tu.




Dalam perjalanan pulang, saya terfikir sendiri. Kalaulah boleh jumpa lagi dengan diorang kan bagus. Ukhuwah mereka terasa lain. Erat dan mesra. Saya sukakannya :)




I KEEP ON THINKING, DO YOU STILL REMEMBER ME?