Monday, July 11, 2011

PINDAH RUMAH

kami dah duduk kat rumah sekarang sekitar 2 tahun lebih kalau tak silap saya.


tadi, walid cakap yang permohonan walid untuk jadi principle kolej di uniten dah diterima dan kami dah boleh pindah masuk rumah untuk principle hujung minggu ni. walid dapat jadi pengetua kolej murni. sebahagian penginapnya adalah student yang dah kawin manakala selebihnya adalah student perempuan.


kami sayaaaaaaaaang sangat rumah kami sekarang. sebab rumah kami sekarang ruang tamunya besaaaaaar sangat. luas dan selesa. for the new house, the living room is quite smaller i guess. it's a two-storey house.


hmm, nampaknya tanggungjawab walid pun makin bertambah dengan jawatan sebagai principle kolej murni.


aisyh, rasa peliklah pulak bila kena panggil asrama kolej. sebab kalau di uia, kami panggil asrama dengan panggilan mahallah. memang setiap kolej kami panggil mahallah. mahallah aminah, mahallah asiah, mahallah hafsah, dan sebagainyalah. hihi.


okay, harapnya duduk rumah baru nanti akan rasa selesa even lebih kecil sikit. besar, tapi lebih kecil ruangan-ruangannya.


i'm happy anyway. happy for each things HE gave us. happy for each days HE let us have together. happy for everything. i've got more than enough i think. so i'm happy at all. thank you Allah :)

KITA SIBUK BERLAWAN, TANPA SEDAR MEMBANTU MENJAYAKAN AGENDA 'MEREKA'

bila saya tengok certain video yang dipost ke you tube, banyak yang memaparkan kesalahan pihak polis. memang, saya perasan pihak polis sebahagiannya bertindak agak kasar dan berbicara dengan bahasa yang kurang enak didengar. tapi ada sesuatu yang kita tak tau yang mungkin lebih besar dari apa yang dah berlaku di perhimpunan bersih 9 september yang lepas. ada pihak dalam yang cuba untuk mengapi-apikan kita dengan video-video yang menunjukkan seolah-oleh polis negara kita sebenarnya tidak adil dan tidak berhati perut.


dengan kenyataan di atas, saya tak kata saya menyebelahi pihak polis atau sesiapa. tapi cuba kita semua berfikiran lebih rasional dan kritis. saya tak tau kenapa, tapi saya rasa macam ada sesuatu yang pelik di sebalik semua ni. mungkin firasat saya je, tapi tak mustahil jugak kalau-kalau memang benar ada pihak dalam yang memang dah merancang semua ni dari awal kan.


mula-mula, mereka timbulkan isu ni. kemudian bergerak secara profesional dan senyap dalam membangkitkan unsur-unsur demonstrasi. membangunkan semangat kita untuk melakukan demonstrasi. demonstrasi berlaku. mereka rakam part-part tertentu. focus pada tindakan pihak polis. bagi kita nampak betapa polis negara kita ni sebenarnya tak adil. postkan ke you tube. dengan description yang mampu menambah api kemarahan kita terhadap pihak polis. sronok bila ada yang mencarut, mencaci dan mencela pihak polis hingga melampaui batas. lebih seronok kerana ramai umat islam yang terjerat sama. dan mereka-mereka ini bersembunyi di sebalik keadilan yang cuba kita tegakkan.


sedangkan Allah tidak suka sifat hambaNya yang suka mencaci dan menghina.


sekali lagi saya tekankan di sini, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. bukan kesalahan yang saya nak bela. langsung tak terlintas di fikiran saya untuk menyetujui ketidakadilan yang berlaku, langsung tidak. di sini, pihak polis dan BN/najib dah kira hal lain ye. yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan antara pihak polis dan rakyat.


saya sekadar ingin mengingatkan, kadang-kadang dalam kita bergaduh untuk menegakkan sesuatu, kita terlupa akan hal lain yang mungkin lebih penting dan lebih memerlukan perhatian.


jangan biarkan 'mereka' mempergunakan semangat kita untuk menegakkan keadilan. jangan biarkan kemarahan bermaharajalela hingga keluar habis segala macam cacian dan hinaan terhadap individu-individu tertentu. jangan disebabkan satu persatuan yang kita tak suka, habis semua ahlinya kita caci cela. jangan kerana nafsu amarah, kita menjauh dariNya. jangan kerana tindakan kita, Allah jadi murka. dan jangan kerana demi nak menegakkan kebenaran, kita lari dari landasan yang sepatutnya.


menegakkan keadilan itu tak salah, tapi biarlah sesuai pada tempatnya. melindungi sesuatu itu tak salah, tapi biar kena dengan caranya. memperjuangkan sesuatu itu tak salah, tapi biar diperjuangkan lebih keranaNya. Allah lebih tahu segalanya.


saya insan biasa. ada rasa kasihan, ada rasa belas, dan ada rasa sayang. saya belas melihat rakyat yang dilayan dengan kasar oleh pihak polis ketika demonstrasi, tapi saya kasihan juga bila melihat video-video di you tube banyak memaparkan keburukan dan kesalahan pihak polis. kita tak tau apa yang sebenarnya berlaku di sebalik semua ni.


jadi sama-samalah kita berfikir secara rasional, dan minta petunjukNya dalam segala urusan yang kita kerjakan. untuk dosa semalam yang dah kita lakukan, bertaubatlah padaNya. sekalipun kita merasakan dosa yang dah kita lakukan tak terampun oleh diri kita sendiri, padaNya keampunan itu mampu kita miliki selagi kita benar-benar menyesal dan ingin kembali ke jalanNya yang sebenar.


wallahua'lam.


semoga Allah memberkati kita semua. amin, insya-Allah.

Saturday, July 9, 2011

LEMON TREE FOOLS GARDEN

tersuka pulak video ni. sebab comel. hihi :D



yang lagi satu video. lagu yang sama. animation dia comel jugak. haha. saya suka saya suka! sebab comel :D


i wonder how,
i wonder why,
yesterday you told me about the blue blue sky,
but all that i can see is just a yellow star and stars..


*blink blink*


haha, takde keje. ngantuk dah ni sebenarnya. tu yang nampak stars tetiba tu. okeylah, nak tidur dah. selamat malam :)

A DAY TO REMEMBER

saya takkan lupa hari ini. kejadian yang benar-benar buat hampir keseluruhan rakyat malaysia hilang kepercayaan pada kerajaan.


memang, saya pun tak setuju dengan apa yang pihak polis dan kerajaan lakukan hari ini. tindakan yang membahayakan rakyat. sedih sangat bila saya tengok di you tube dan facebook. bagaimana mereka yang tak bersalah pun menjadi mangsa tangkapan dan sebagainya. sedihnya tengok malaysia macam ni. macamana semua ni boleh terjadi. mana pergi perpaduan antara kita semua? mana pergi kesepakatan dan hubungan baik? mana pergi sifat-sifat kita sebagai rakyat dan orang atas? mana pergi nilai-nilai kita sebagai muslim? mana pergi rasa kasih dan belas?


minta maaf kerajaan. saya tak menentang kerajaan. saya sayangkan kerajaan. sayang sangat, malah sangat berterima kasih pada kerajaan sebab dah banyak berjuang untuk negara ni. tapi bila hal macam ni terjadi, melihatkan tindakan kerajaan buatkan saya rasa tak setuju dengan semua tu. ianya agak berlebihan. tak boleh ke guna cara lain yang lebih baik dan cermat? saya sedih dengan semua. saya sebagai rakyat malaysia rasa kesal sekali.


saya faham, kerajaan ada hak yang lebih kuat untuk bertindak sesuatu. tapi kan, tapi.. bukan begini caranya. bukan ini yang Allah nak kita buat sebagai pemimpin. Allah nak kita adil. selagi jalan yang digunakan selari dengan apa yang dah DIA gariskan, tak salah. tapi jika lari dari landasan dan ada yang cuba menegur, kita kena terima bahawa itu salah kita, dan cuba untuk perbetulkannya. itu tanggungjawab kita kan.


untuk hari ini, saya bersedih sangat dengan apa yang berlaku.


tapi kita kena ingat. apa pun yang berlaku hari ini antara rakyat dan kerajaan, jangan biarkan ia berterusan hingga membawa pada permusuhan mahupun dendam. tolonglah. hari ini banyak pengajaran yang patut kita semua ambil dari apa yang berlaku. jangan biarkan amarah terus bermaharajalela. ingat Allah, ingat DIA sebagai pemerintah kita semua. cari jalan terbaik untuk selesaikan semua ni tanpa unsur-unsur yang boleh mengundang murkaNya. jangan biarkan negara kita musnah kerana hilangnya barakahNya. nauzubillahiminzalik.


hari ini adalah hari ini. esok adalah esok. jangan biarkan keburukan hari ini mengikut kita hingga ke hari esok. sebab mungkin hari esok ada sinar terang yang bakal muncul. tapi jika kita biar keburukan hari ini mengikuti kita ke hari esok, mungkin sinar itu tak mampu bertandang. kerana keburukan hari ini menghalau.


ya Allah, hamba mohon kemakmuran dan keamanan buat negara ini yakni malaysia. hamba sangat menyayangi negara ini. hamba tak sanggup lihat kami semua saling bertelingkah sesama sendiri. berikan kami petunjuk ya Allah, supaya jalan yang bakal kami lalui esok datang dari laluanMu. bantulah kami mencari jalan penyelesaian bagi semua ini. kami buntu petunjukMu ya Allah.


sebaiknya, kita teliti semula apa yang dah berlaku hari ini. cuba kaitkan dengan agama kita iaitu agama islam. apa yang dah kita buat, apa yang kita cakap, apa yang dah kita sebabkan, semua yang berlaku hari ini. Allah nak kita muhasabah balik, apa yang sebenarnya kita dah perbuat hari ini. DIA mengharapkan kita perbaiki kerosakan hari ini. dan jalani hari esok dengan lebih baik.


apa pun, saya seronok bila tengok rakyat malaysia saling bersalaman dengan pihak polis. apa yang dah berlaku biarlah berlalu. inilah perhimpunan bersih yang sebenarnya. no more anger nor revenge or something like that. alhamdulillah, syukur sangat :)


ingat, cara yang dah Allah tetapkan adalah cara yang terbaik. apa yang Allah larang, janganlah diperbuat. apa yang Allah perintahkan, itulah yang patut kita perbuat. DIA terlalu kasihkan kita, sebab tu DIA larang kita buat apa yang tak sepatutnya kita buat.


semoga hari ini jadi pengajaran buat kita semua. semoga diberkati.

Friday, July 8, 2011

PERPISAHAN SELEPAS PERPISAHAN

ayah teh - pak cik sebelah mak.

baru sekejap tadi, keluarga ayah teh berlalu pergi. ayah teh sekeluarga baru balik dari arab saudi lepas 2 tahun di sana. ayah teh kerja sebagai jurutera elektrik untuk satu company ni. saya pun tak sure company mana.

ayah teh ada 6 orang anak semuanya. paling besar tingkatan satu dan paling kecil baru 3 tahun kalau tak silap saya. kira kecik-kecik lagilah anak-anak ayah teh ni. bolehlah nak peluk-peluk lagi kan. hihi.

baru dua minggu diorang balik malaysia, esok diorang dah nak kena balik terengganu dah. rasanya baru je lagi saya jumpa diorang, bermesra dengan diorang, borak-borak. hukhuk, sedihnya tadi. bertambah sedih bila diorang pun sedih. diorang duk ajak saya ikut sekali balik terengganu. nak memang nak, tapi nak balik nanti susahlah pulak. diorang pun kereta dah penuh dengan barang. buat masa ni, takpelah dulu kot.

sebelum sempat tutup pintu kereta, sepupu yang kecik sekali sempat cakap,

"kak m, nanti belikan sarah aiskrim tau."

rasa sayu pulak. next time mesti dah susah nak jumpa lagi. tunggu raya pulaklah nampaknya. akhir sekali, diorang pergi dengan lambaian dan senyuman. saya rasa macam saya pulak yang terebih sedih. terlebih emo. huhu.

oh ye, walid dengan abang nas petang tadi bergegas balik ke pahang untuk konvoi dengan keluarga sebelah walid balik terengganu. ada tok sedara baru meninggal. jadi diorang nak pergi ziarah keluarga arwah. nak jugak ikut sebenarnya, tapi takut tak muat pulak kereta nanti. bimbang kalau-kalau mak sedara kat pahang nak menumpang, kan dah jadi masalah pulak. lagipun walid nak cepat, saya kalau bersiap memang akan ambil masa agak lama. jadi saya pun tak pergi. huhu.

SEMOGA DIORANG SEMUA SELAMAT DALAM PERJALANAN PERGI DAN PULANG.

AMIN.

WARNA TARIKH LAHIR

berdasarkan tarikh lahir saya, saya dapat warna ini :

RED

"Cute and lovable type, you are picky but always in love ... and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be 'moody' at times. Capable with people, nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel comfortable."

hha, kalau teringin nak tau awak jenis yang macamana berdasarkan tarikh lahir awak sila pergi ke sini dan kemudian sini. tak taulah betul ke tidak. tapi setakat yang saya tengok tentang diri saya ni mostly macam betul je. hikhik :D

KESUKAAN ARWAH NENEK

tok cik - nenek sebelah mak.

saya ingat lagi arwah tok cik selalu cakap,

"nanti bila m dah besar, m carilah orang kelantan. orang kelantan ni biasanya baik-baik belaka."

saya angguk je. selalu jugaklah arwah nenek saya puji orang kelantan. katanya orang kelantan ni baiklah, agama pun okay, dan macam-macamlah.

sebabnya kenapa arwah tok cik suka sangat orang kelantan adalah kerana arwah tokki saya dulu orang kelantan jugak. arwah tokki saya seorang yang sangat baik di pandangan mata nenek saya. dahlah asal keturunan pun baik-baik. perangai dan sikap pun sentiasa menyedapkan mata yang memandang. hihi, itulah arwah tokki saya yang tak sempat saya jumpa pun. dia meninggal ketika usia ibu saya baru mencecah 6 tahun. tapi still, saya sayang atuk saya. hhe.

arwah tok cik pulak meningal ketika saya di tingkatan 3. besar kesan pemergian tok cik dalam diri saya. sebab saya salah seorang cucu yang agak rapat dengan tok cik. dan saya jugalah yang selalu lawan cakap tok cik. lepas pemergiannya, saya mula berubah.

okay, balik pada topik asal. disebabkan tok cik selalu sangat puji orang kelantan depan saya, terciptalah tanggapan-tanggapan yang baik dalam minda saya tentang orang kelantan. saya tau, tak semua orang kelantan baik sepertimana yang arwah tok cik cakapkan dulu. ada jugak yang tak baik. tapi tanggapan yang baik tu masih lekat dalam diri saya. hihi, besar jugak pengaruh kata-kata arwah tok cik dulu.

arwah tok cik nak sangat saya cari pasangan dari kelantan. dia suka mintak supaya saya cari orang kelantan bila saya dah besar nanti.

tapi saya tak kisah. kelantan ke, selangor ke, mana-mana jelah asalkan pasangan itu seorang yang secocok dengan saya, beriman, berilmu, dan berguna insya-Allah. cuma kata-kata arwah nenek kadang-kadang terngiang-ngiang di ingatan. ada senyuman terukir, tapi dalam masa yang sama ada pilu yang tersembunyi.

semoga arwah tok cik dan tokki tenang di sana, insya-Allah. amin.

Thursday, July 7, 2011

PENENANG JIWA :)

pernah tak awak baca buku 'penenang jiwa'? bermacam soal diungkapkan dalam buku tu. saya mula baca ketika awal 18 tahun. waktu tu saya tengah cuti spm, tengah tunggu keputusan upu. kebetulan waktu tu jugak nenek saya sakit dan terpaksa masuk hospital temerloh. memandangkan saya free, ayah saya mintak saya jagakan nenek di hospital.

hampir dua minggu menjaga nenek di hospital, agak bosanlah. bosan sebab takde apa nak buat. nenek saya masa tu tak boleh berjalan. jadi saya kena duduk kat tepi katil je. melainkan waktu makan tengahari ke kalau nenek saya bagi turun jap beli makanan. atau kadang-kadang nenek saya kasi jugak pergi tengok tv kejap kat tv area. waktu solat pun, terpaksa jugak tinggalkan nenek sekejap. kesian jugak kat nenek saya.


ada detik tu, saya ingat lagi betapa rasa sunyinya saya sampai saya menangis di surau lepas solat. saya rasa sunyi sangat sangat. tak tau kenapa. rasa macam dah tak tau nak buat apa dah. kemudian saya teringat pasal buku tu, oh saya ada bawak bukulah. huhu.

sesuai dengan tajuknya, 'penenang jiwa'. saya rasa lebih tenang lepas baca buku tu. saya baca bahagian yang menfokuskan kita dengan orang tua. lepas baca, saya rasa lebih gembira. banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W berkenaan tajuk tu. hati saya kembali tenang, alhamdulillah :)

carilah buku ni, dan bacalah. memang banyak menyedarkan. bila baca, terasa diri ni sangat kerdil dan hina. baru terasa betapa banyaknya hal yang kita tak beri perhatian sedangkan ianya penting. memang, kita banyak lali dan leka dengan dunia.

sebenarnya buku apa pun kita baca kalau memang kita nak baca insya-Allah ianya akan bawa kesan pada diri kita. tapi kalau baca sebab terpaksa dan tanpa tujuan yang betul, kadang-kadang kurang berkesan sikit. tapi takpe, baca lebih baik dari tak kan. hihi.

okaylah, post kali ni just untuk perkenalkan atau dalam erti kata lain mencadangkan awak baca buku ni. itu je. untuk entry kali ni. nanti saya update lagi.

TERIMA KASIH BLOG! :D

p/s : saya tau saya macam cakap sorang-sorang kat sini. tapi takpelah. even takde orang baca, blog saya dah boleh dikira macam kawan yang berkongsi segalanya. sebab saya tau, tanpa sesiapa yang mengenali saya di sini, saya bebas bercerita itu ini tanpa gundah. hihi.

KAD PENGENALAN SAYA BLOGGER

usia saya baru masuk 20 tahun beberapa hari yang lepas. saya seorang yang berpenampilan biasa, sukakan karya dan lukisan, dan sukakan sesuatu yang ringkas.



saya pelajar universiti islam antarabangsa gombak. kini mengambil jurusan kejuruteraan, majoring in computer and information engineering (electronic). pernah belajar selama setahun setengah di cfs iium petaling jaya sebelum menyambung pelajaran ke main campus gombak. sekarang saya sedang cuti semester. insya-Allah bakal menjadi second year student selepas menghabiskan satu lagi semester iaitu semester baru yang akan datang ni. maksudnya saya masih first year student-lah. hihi.



setiap orang ada keluarga, saya juga. kasih sayang saya pada family hanya Allah yang tahu betapa dalamnya. sangat sangat sayang. hihi. ahli keluarga saya semuanya ada 9 orang. umi, walid, abang nas, saya, adik sya, adik sa, adik han, adik sal, dan adik zaki. dua orang adik-beradik lelaki sebagai pembuka dan penutup. yang kat tengah semua perempuan. saya anak second. second is water. ehihi, takdelah :P


nombor kad pengenalan saya di blog : 070711-11-HARI
nama saya di blog : CIK M


so just call me cik m yah. alright, sesi pengenalan selesai! hihi. nanti akan ada sesi pengenalan ahli keluarga secara detail pulak. no one know me here, so i feel free to write anything. thank you :)

SAMBAL TEMPE

hari ni saya tertidur lepas subuh. taklah tidur terus lepas solat subuh. lepas solat subuh tu tolong adik-adik bersiap nak ke sekolah. tolong gosok baju umi and buatlah apa-apa yang patut. kebetulan saya baru start cuti semester selama 2 bulan.


lepas diorang semua dah pergi sekolah, umi pun dah pergi kerja, baru saya tidur. mungkin sebab semalam seharian dari pagi sampai lewat malam keluar uruskan macam-macam hal, jadi saya tidur tak sedarkan diri sampai pukul 1. hisyh hisyh hisyh, anak dara apalah ni. hihi. saya dah lama tak tidur sampai macam ni. biasanya lepas subuh saya tak tidur dah tapi kali ni sebab penat sangat agaknya, tidur sampai macam apa. haha.


biasanya kalau saya tak tidur, saya akan terus kemas rumah. hari ni kemas rumah lewat sikitlah. nasi pun tak masak lagi. nanti adik sal ngan adik zaki balik takde nasi, berlaparlah pulak pergi sekolah petang. dah jadi rutin harian diorang pergi sekolah pagi, balik nak dekat pukul 2. pergi semula dalam pukul 2.30 untuk sekolah agama petang and balik dalam pukul 6. saya pun dengan lajunya mengemas rumah, kemas dapur, basuh pinggan apa semualah. saya suka memasak lepas rumah dah kemas. sinki pun kalau boleh nak kena kosongkan dulu. kalau tak, tak bestlah memasak dalam keadaan rumah tunggang langgang kan. hehe.


saya tak masak apa sangat hari ni. semalam mak sedara saya ada kat rumah, lauk yang dia masak pun ada lagi. lagipun kalau saya memasak waktu tu macam lewat sangatlah dah pulak. jadi saya decide nak buat sambal tempe je. dari minggu lepas saya teringin nak buat lepas saya rasa sambal tempe yang mak sedara saya buat. sedap! betul. heheh. jadi saya pun buatlah. pedas, hmmmm macam tulah baru sedap. saya sangat gemar makanan pedas. alhamdulillah, untuk percubaan pertama ni jadi jugaklah.


bila budak-budak tu balik, diorang makan nasi ngan telur mata lembu je. saya tak panggil telur mata kerbau tau, tapi telur mata lembu. sebab ada sesetengah kawan saya pelik bila saya sebut telur mata lembu. jadi saya cuma nak beritahu awal-awal kat sini. hihi. budak-budak, suka betul makan telur. saya kecik-kecik dulu pun centu jugak. even dah ada banyak lauk lain, nak jugak makan nasi ngan telur. adui. haha.


rumah dah kemas, nasi dah masak, dapur dah bersih, meja makan dah clear, okey! time cenilah baru nak rehat and online. yeay! haha.


cukuplah dulu untuk hari ni kot. oh ye, abang nas puasa hari ni. dia dah menunggu nak berbuka tu. okey, saya nak pergi join diorang kat meja makan pulak ni. harapnya esok berkesempatan lagi nak update blog baru ni. hihi.


i end with, assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakaaatuh :)