Monday, July 11, 2011

KITA SIBUK BERLAWAN, TANPA SEDAR MEMBANTU MENJAYAKAN AGENDA 'MEREKA'

bila saya tengok certain video yang dipost ke you tube, banyak yang memaparkan kesalahan pihak polis. memang, saya perasan pihak polis sebahagiannya bertindak agak kasar dan berbicara dengan bahasa yang kurang enak didengar. tapi ada sesuatu yang kita tak tau yang mungkin lebih besar dari apa yang dah berlaku di perhimpunan bersih 9 september yang lepas. ada pihak dalam yang cuba untuk mengapi-apikan kita dengan video-video yang menunjukkan seolah-oleh polis negara kita sebenarnya tidak adil dan tidak berhati perut.


dengan kenyataan di atas, saya tak kata saya menyebelahi pihak polis atau sesiapa. tapi cuba kita semua berfikiran lebih rasional dan kritis. saya tak tau kenapa, tapi saya rasa macam ada sesuatu yang pelik di sebalik semua ni. mungkin firasat saya je, tapi tak mustahil jugak kalau-kalau memang benar ada pihak dalam yang memang dah merancang semua ni dari awal kan.


mula-mula, mereka timbulkan isu ni. kemudian bergerak secara profesional dan senyap dalam membangkitkan unsur-unsur demonstrasi. membangunkan semangat kita untuk melakukan demonstrasi. demonstrasi berlaku. mereka rakam part-part tertentu. focus pada tindakan pihak polis. bagi kita nampak betapa polis negara kita ni sebenarnya tak adil. postkan ke you tube. dengan description yang mampu menambah api kemarahan kita terhadap pihak polis. sronok bila ada yang mencarut, mencaci dan mencela pihak polis hingga melampaui batas. lebih seronok kerana ramai umat islam yang terjerat sama. dan mereka-mereka ini bersembunyi di sebalik keadilan yang cuba kita tegakkan.


sedangkan Allah tidak suka sifat hambaNya yang suka mencaci dan menghina.


sekali lagi saya tekankan di sini, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. bukan kesalahan yang saya nak bela. langsung tak terlintas di fikiran saya untuk menyetujui ketidakadilan yang berlaku, langsung tidak. di sini, pihak polis dan BN/najib dah kira hal lain ye. yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan antara pihak polis dan rakyat.


saya sekadar ingin mengingatkan, kadang-kadang dalam kita bergaduh untuk menegakkan sesuatu, kita terlupa akan hal lain yang mungkin lebih penting dan lebih memerlukan perhatian.


jangan biarkan 'mereka' mempergunakan semangat kita untuk menegakkan keadilan. jangan biarkan kemarahan bermaharajalela hingga keluar habis segala macam cacian dan hinaan terhadap individu-individu tertentu. jangan disebabkan satu persatuan yang kita tak suka, habis semua ahlinya kita caci cela. jangan kerana nafsu amarah, kita menjauh dariNya. jangan kerana tindakan kita, Allah jadi murka. dan jangan kerana demi nak menegakkan kebenaran, kita lari dari landasan yang sepatutnya.


menegakkan keadilan itu tak salah, tapi biarlah sesuai pada tempatnya. melindungi sesuatu itu tak salah, tapi biar kena dengan caranya. memperjuangkan sesuatu itu tak salah, tapi biar diperjuangkan lebih keranaNya. Allah lebih tahu segalanya.


saya insan biasa. ada rasa kasihan, ada rasa belas, dan ada rasa sayang. saya belas melihat rakyat yang dilayan dengan kasar oleh pihak polis ketika demonstrasi, tapi saya kasihan juga bila melihat video-video di you tube banyak memaparkan keburukan dan kesalahan pihak polis. kita tak tau apa yang sebenarnya berlaku di sebalik semua ni.


jadi sama-samalah kita berfikir secara rasional, dan minta petunjukNya dalam segala urusan yang kita kerjakan. untuk dosa semalam yang dah kita lakukan, bertaubatlah padaNya. sekalipun kita merasakan dosa yang dah kita lakukan tak terampun oleh diri kita sendiri, padaNya keampunan itu mampu kita miliki selagi kita benar-benar menyesal dan ingin kembali ke jalanNya yang sebenar.


wallahua'lam.


semoga Allah memberkati kita semua. amin, insya-Allah.

No comments: