saya takkan lupa hari ini. kejadian yang benar-benar buat hampir keseluruhan rakyat malaysia hilang kepercayaan pada kerajaan.
memang, saya pun tak setuju dengan apa yang pihak polis dan kerajaan lakukan hari ini. tindakan yang membahayakan rakyat. sedih sangat bila saya tengok di you tube dan facebook. bagaimana mereka yang tak bersalah pun menjadi mangsa tangkapan dan sebagainya. sedihnya tengok malaysia macam ni. macamana semua ni boleh terjadi. mana pergi perpaduan antara kita semua? mana pergi kesepakatan dan hubungan baik? mana pergi sifat-sifat kita sebagai rakyat dan orang atas? mana pergi nilai-nilai kita sebagai muslim? mana pergi rasa kasih dan belas?
minta maaf kerajaan. saya tak menentang kerajaan. saya sayangkan kerajaan. sayang sangat, malah sangat berterima kasih pada kerajaan sebab dah banyak berjuang untuk negara ni. tapi bila hal macam ni terjadi, melihatkan tindakan kerajaan buatkan saya rasa tak setuju dengan semua tu. ianya agak berlebihan. tak boleh ke guna cara lain yang lebih baik dan cermat? saya sedih dengan semua. saya sebagai rakyat malaysia rasa kesal sekali.
saya faham, kerajaan ada hak yang lebih kuat untuk bertindak sesuatu. tapi kan, tapi.. bukan begini caranya. bukan ini yang Allah nak kita buat sebagai pemimpin. Allah nak kita adil. selagi jalan yang digunakan selari dengan apa yang dah DIA gariskan, tak salah. tapi jika lari dari landasan dan ada yang cuba menegur, kita kena terima bahawa itu salah kita, dan cuba untuk perbetulkannya. itu tanggungjawab kita kan.
untuk hari ini, saya bersedih sangat dengan apa yang berlaku.
tapi kita kena ingat. apa pun yang berlaku hari ini antara rakyat dan kerajaan, jangan biarkan ia berterusan hingga membawa pada permusuhan mahupun dendam. tolonglah. hari ini banyak pengajaran yang patut kita semua ambil dari apa yang berlaku. jangan biarkan amarah terus bermaharajalela. ingat Allah, ingat DIA sebagai pemerintah kita semua. cari jalan terbaik untuk selesaikan semua ni tanpa unsur-unsur yang boleh mengundang murkaNya. jangan biarkan negara kita musnah kerana hilangnya barakahNya. nauzubillahiminzalik.
hari ini adalah hari ini. esok adalah esok. jangan biarkan keburukan hari ini mengikut kita hingga ke hari esok. sebab mungkin hari esok ada sinar terang yang bakal muncul. tapi jika kita biar keburukan hari ini mengikuti kita ke hari esok, mungkin sinar itu tak mampu bertandang. kerana keburukan hari ini menghalau.
ya Allah, hamba mohon kemakmuran dan keamanan buat negara ini yakni malaysia. hamba sangat menyayangi negara ini. hamba tak sanggup lihat kami semua saling bertelingkah sesama sendiri. berikan kami petunjuk ya Allah, supaya jalan yang bakal kami lalui esok datang dari laluanMu. bantulah kami mencari jalan penyelesaian bagi semua ini. kami buntu petunjukMu ya Allah.
sebaiknya, kita teliti semula apa yang dah berlaku hari ini. cuba kaitkan dengan agama kita iaitu agama islam. apa yang dah kita buat, apa yang kita cakap, apa yang dah kita sebabkan, semua yang berlaku hari ini. Allah nak kita muhasabah balik, apa yang sebenarnya kita dah perbuat hari ini. DIA mengharapkan kita perbaiki kerosakan hari ini. dan jalani hari esok dengan lebih baik.
apa pun, saya seronok bila tengok rakyat malaysia saling bersalaman dengan pihak polis. apa yang dah berlaku biarlah berlalu. inilah perhimpunan bersih yang sebenarnya. no more anger nor revenge or something like that. alhamdulillah, syukur sangat :)
ingat, cara yang dah Allah tetapkan adalah cara yang terbaik. apa yang Allah larang, janganlah diperbuat. apa yang Allah perintahkan, itulah yang patut kita perbuat. DIA terlalu kasihkan kita, sebab tu DIA larang kita buat apa yang tak sepatutnya kita buat.
semoga hari ini jadi pengajaran buat kita semua. semoga diberkati.
No comments:
Post a Comment